Tuesday 25 September 2012

Persembahan Choral Speaking Oleh Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Negeri Kelantan

Berikut adalah video persembahan choral speaking sempena Perhimpunan Hijau ke Putrajaya Negeri Kelantan yang dipersembahkan oleh pasukan choral speaking Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman yang diadakan pada 13 september 2012. Pasukan choral speaking Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman juga merupakan johan bagi pertandingan choral speaking peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (MASSAK) yang dipertandingkan baru-baru ini dan juga merupakan johan di peringkat MASSAK dua tahun berturut-turut. Tahniah diucapkan kepada pasukan choral speaking MTSNA di atas persembahan yang begitu menarik. Diharapkan agar pasukan choral speaking ini dapat mara ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat membuat persembahan sekali lagi di Putrajaya kelak. InsyaAllah.

Thursday 19 July 2012

Biografi Muhammad Mursi




Muhammad Mursi Isa al-Ayyat (Templat:Lang-

arz, IPA: [mæˈħæmmæd ˈmoɾsi ˈʕiːsæ l.ʕɑjˈjɑːtˤ], lahir pada 20 Ogos 1951) ialah ahli politik Mesir dan calon Presiden Mesiryang baharu.[1]


Beliau ialah Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (Mesir) (FJP), sebuah parti politik yang berpaksikan kepada Islam, dimana awalnya sangat berkait rapat dengan gerakanIkhwanul Muslimin. gerakan Ikhwanul Muslimin dilihat kembali rancak selepas Revolusi Mesir 2011 sehingga mencapai kemenangan dalam perlawanan kerusi Presiden Mesir yang diumumkan pada 24 Jun 2012, dimana beliau Morsi telah meletakkan jawatan dalam pemilihan sebelumnya.[2] Dari tahun 2000 sehingga 2005, beliau ialah Ahli Parlimen Mesir. Beliau juga dicalonkan sebagai calon FJP pada Pilihan raya Presiden Mesir 2012. Morsi juga merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihan raya secara demokratik dalam sejarah Mesir. Morsi sebelum ini telah mendapat pendidikan Islam secara tulen di selatan California, Amerika Syarikat.


Pada 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa Morsi berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana menteri terakhir dibawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya berkata Morsi mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus undi sokong untuk Shafiq.[3]






AHLAN YA RAMADHAN


Assalamualaikum w.t.b..

Alhamdulillah, kita sudah tiba pada bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan. Bulan yang paling mulia di sisi Allah iaitu Bulan Ramadhan. Pada bulan ini juga, nafas-nafas akan menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu di makbulkan.

Untuk apa masih berlari sana sini dengan menikmati juadah dunia, sedangkan ganjaran hari akhirat terbuka seluas-luasnya di bulan mulia ini. Ayuh sama-sama kita tingkatkan ibadah!! Ya, dengan wang anda mampu menempah pintu Mahligai, tapi anda tidak mampu membeli pintu Syurga. Dengan wang juga anda mampu membeli Plaza Tol tapi anda tidak mampu membayar Titian Sirat. Dengan pahala lah anda mampu memiliki segala sesuatu yang dicitakan di hari akhirat kelak, bi iznillah !!

Saya petikkan satu hadis dari Ali Bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis Nabi, berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

Jelas hadis ini mengajarkan tentang penjagaan jiwa kita dari melakukan kesalahan. Untuk membebaskan daripada tergadainya diri kita ke lembah longkang. Bebaskanlah ia dengan perbanyakkan istighfar. Bab kata pepatah, jiwa tidak memiliki sayap untuk terbang ke arah kelalaian, tetapi ia boleh merangkak perlahan-lahan jika tidak disekat dengan amal kebaikan.

Akhir kata, sementara syaitan-syaitan masih dibelenggu, didiklah nafsu kita agar sentiasa membuat amal mulia. Kerana nafsulah yang mampu bermesyuarat dengan hati dari melakukan kebaikan atau kejahatan.

Friday 22 June 2012

KELAS TAFAQQUH ILMI

Assalamualaikum pembuka bicara,
Sebagai pembuka wadah bicara,
Blog BADAR tempat bemadah pujangga,
Mohon dibaca wahai pembaca yang bijaksana.


Berbalik pada wadah bicara kita pada bulan ini, ingin kami kongsikan kepada pembaca yang bijaksana sekalian tentang kealpaan umat islam sejagat pada hari ini. Tidak dinafikan pada era pascaglobalisasi pada abad ini, kita semua sedang asyik mengejar ilmu duniawi. Memang tidak dinafikan bahawa tentang kepentingan ilmu duniawi, tetapi mengapakah kita meninggalkan ilmu ukhrawi?

Alhamdullah, MTSNA telah selamat daripada wabak ilmu duniawi di mana, penawarnya (ilmu ukhrawi) telah dirumus oleh seorang ustaz yang berwibawa untuk mengeluarkan para pelajar sekolah ini daripada asyik menuntut ilmu duniawi sahaja. Alhadulillah, dengan usaha gigih ustaz tersebut dan kerjasama daripada pihak BADAR MTSNA, maka lahirlah satu kelas pengajian kitab-kitab agama secara bertalaqqi yang diberi nama "KELAS TAFAQQUH ILMI".

Kelas ini telah bermula pada akhir tahun 2011 selepas PMR bagi mengisi kekosongan waktu pelajar-pelajar tingkatan 3 khususnya dan semua pelajar amnya. Kelas Tafaqquh Ilmi ini terbentuk apabila ada segelintir pelajar yang sibuk bertanyakan permasalahan fiqh kepada ustaz tersebut. Namun, ustaz tersebut mencadangkan supaya mengadakan kelas tafaqquh supaya para pelajar dapat memahami permasalahan fiqh yang sebenar. Bagi permulaan bagi mendalami ilmu agama ustaz bercadang untuk mengajar ilmu tiga serangkai iaitu Usuluddin, Fiqh dan Tasawwuf yang mana terdapat dalam hadis Rasulullah S.A.W. mafhumnya :

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346)

Berdasarkan hadis di atas telah dikiaskan oleh ulama bahawa Islam yang disebut dalam hadis tersebut ialah Fiqh, manakala Iman pula ialah usuluddin ataupun tauhid dan Ihsan ialah tasawwuf. Pentingnya belajar ilmu usuluddin kerana "permulaan agama Islam adalah dengan mengenal Allah". Tiada taqlid-taqlid dalam permasalahan ilmu usuluddin kepada orang awam mahupun ulama'. Feqah dan tasawwuf juga ada kepentingannya iaitu, Imam Malik pernah berkata, "Sesiapa yang belajar ilmu feqah, tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka dia menjadi fasiq. Siapa yang belajar ilmu tasawwuf sahaja, tetapi tidak belajar feqah, mengetahui halal haram dan sebagainya, maka dia adalah zindiq. Sesiapa yang mengumpulkan antara keduanya, maka dia telah mendapat ilmu yang tahqiq". Ironinya, Usuluddin nombor 1 akan tetapi Fiqh dan Tasawwuf bukan nombor 2.

Haruslah kita ingat wahai sahabat bahawa ilmu agama adalah fardhu ain ke atas manusia yang mengaku Islam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah". Dan ketahuilah bahawa, menuntut ilmu dunia adalah fardhu kifayah. Ingatlah pesanan Imam Asy-syafie "sesiapa yang hendakkan dunia, hendakalah dia berilmu, sesiapa yang hendakkan akhirat, hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang hendakkan kedua-duanya, hendaklah dia berilmu". Jadi, sama-samalah kita berusaha dalam menuntut ilmu agama bagi mengaharamkan api neraka ke atas darah daging kita. Tuntasnya, sebelum kami menutup bicara, kami ingin menyeru kepada semua pembaca yang waras sekalian agar sama-sama kita berusaha untuk menutut ilmu, terutamanya ilmu akhirat dan tidak ketinggalan juga ilmu dunia.

KITAB FEQAH
FATHUL QORIBUL MUJIB SYARAH MATAN ABI SYUJA'
 AL-ALLAMAH SYEIKH MUHAMMAD QASIM AL-GHAZA


KITAB TAUHID
MATAN UMMUL BARAHIN 

KITAB ADAB
PELITA PENUNTUT TERJEMAH DARIPADA KITAB TA'LIMUL MUTA'ALLIM THORIQUL  TA'ALLUM
SYEIKH SYAFIE BIN ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN AHMAD LANGKIH FATHONI

KITAB HADIS
HADIS 40 BAHASA MELAYU
SYEIKH 'ASBIRONI YA'QUB

KITAB TASAWWUF
PENAWAR BAGI HATI
SYEIKH ABDUL QADIR BIN ABDUL MUTALLIB AL-ANDUSI

KITAB NAHU
MATAN AL-AJRUMIAH
SYEIKH AS-SUNHAJ 

KITAB FEQAH
SAFINATUN NAJA'
SYEIKH SALIM BIN SAMIR HADHRAMI

KITAB TAUHID
FARIDATUL FARAID FI 'ILMI 'AQAID
SYEIKH AHMAD MUHAMMAD ZAIN AL-FATHONI

KITAB TAUHID
SIFAT 20
SYEIKH UTHMAN BIN ABDULLAH

KITAB SOROF
MATAN BINA' WAL ASAS
AL-'ALLAMAH SYEIKH MULA ABDULLAH AD-DANQUZI
KITAB USUL FIQH
MATAN AL-WAROQOT
AL-ALLAMAH IMAM HARAMAIN

KITAB TAJWID
FATHUL AQFAL BISYARHI TUHFATUL ATFAL
AL-ALLAMAH SYEIKH SULAIMAN IBNU HUSAIN IBNU MUHAMMAD AL-JAMZURI

Sunday 27 May 2012

BULAN REJAB 'BULAN YANG DIMULIAKAN'

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadhan dan Syawal sahaja yang kebanyakan kita sedar kedatangannya. Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki bulan Rejab yang mana bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum (yang dimuliakan) selain Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, antaranya:

1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'

2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah

3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan

4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH


Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)

"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Isra' dan Mi'raj

Isra' dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW diperjalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis pada waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

2. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

3. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

4.Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Wednesday 23 May 2012

Lagu Perjuangan Islam

Remaja Islam Bangkitlah

Doa Wahdah:Pembangkit Semangat Ummah



DOA WAHDAH


لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون
لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون
لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين
لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده
فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت
بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير
الله أكـــبر




.:Terjemahan:.


Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun orang musyrikin membenci
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu


Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan
BagiNya segala kerajaan, bagiNya segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam kekuasaanNya segala kebaikan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALLAH MAHA BESAR



Ya Allah, Selamatkanlah hamba-hambamu yang berada dibawah kezaliman pemerintah,
Selamatkanlah semua hambamu yang tanpa henti kukuh berdiri menegakkan agama sucimu ini Ya Allah...
Tidak kira dimana sahaja mereka berada..



Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini..
Amin Ya rabbal 'Alamin

Kenapa Bukan Sekarang???


Yuran Sekolah Agama Kelantan: Awang Adek Fikir Rakyat Kelantan Bodoh Ke?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, yuran yang dikenakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) ketika ini sangat membebankan golongan ibu bapa.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, yuran yang dikenakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) ketika ini sangat membebankan golongan ibu bapa.

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PRU13: BN Janji Mansuh Yuran Sekolah Agama Kelantan


BACHOK - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kelantan akan memansuhkan yuran pengajian sebanyak RM190 setahun yang dikenakan kepada murid sekolah agama di Kelantan sekiranya diberi peluang memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita berjanji akan memansuhkan yuran berkenaan, jika diberi kepercayaan (memerintah)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok di Pangkalan Petah di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas rungutan ibu bapa yang terpaksa menanggung bayaran yang tinggi untuk anak mereka yang sedang belajar di sekolah agama.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata selain memansuhkan yuran itu, kerajaan BN juga berjanji untuk menaikkan taraf sekolah agama rakyat di negeri itu yang dalam keadaan kekurangan.

Beliau berkata ini termasuk gaji guru dan kakitangan yang kini agak rendah dan tidak diberi taraf pencen walaupun telah berkhidmat lebih 20 tahun.

Ramai di kalangan mereka telah mengadu kepadanya mengenainya dan saya sangat bersimpati dengan nasib mereka, katanya. - Bernama (Sinar Harian)

Komen:- Penulis ada seorang anak yang sedang belajar di sebuah sekolah agama kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Penulis hanya dikenakan bayaran yuran tahunan sebanyak RM145 setahun bukannya RM190 seperti dakwaan Awang Adek dan pada pendapat penulis, jumlah RM145 tersebut tidaklah menjadi suatu beban dan ianya adalah satu saham akhirat untuk bekalan anak-anak.

Penulis memahami bahawa YIK bukanlah suatu agensi yang mendapat bantuan dari kerajaan persekutuan maka yuran yang dikenakan tersebut adalah munasabah untuk menampung pelbagai kos yang terpaksa ditanggung oleh YIK. Namun begitu, YIK tidak dilupakan oleh kerajaan negeri Kelantan sekarang ini kerana Kerajaan Negeri di bawah pimpinan PAS tetap memberikan peruntukan tahunan kepada YIK untuk membantu operasi YIK.

Kita juga seharusnya sedar dan tidak lupa, siapa yang menyekat bantuan tahunan sekolah-sekolah agama rakyat. Bukannya PAS yang menyekat bantuan tersebut tetapi Umno BN lah yang zalim tersebut. Jadi kalau selama ini, Umno yang menyekat bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), maka apa rasionalnya janji-janji Awang Adek untuk memansuhkan yuran tahunan tersebut?

Terus terang penulis katakan bahawa penulis tidak percaya langsung dengan janji-janji yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno termasuklah Awang Adek. Pada pendapat penulis, janji-janji Awang Adek itu adalah janji-janji menjelang pilihanraya yang akan dilupakan apabila selesai pilihanraya walaupun parti racist tersebut diberi mandat oleh rakyat. Oleh yang demikian, penulis menyeru kepada seluruh pengundi di Kelantan agar tidak menggadaikan masa depan anak-anak kita dan janganlah memberikan undi kepada golongan yang menipu untuk mendapat keuntungan dunia semata-mata.

p/s:- Yuran RM190 setahun korang bising. Rokok RM10 sehari tak pulak nak memekak. RM10 sehari, kalau sebulan dah RM300. Kalau setahun dah berapa korang belanjakan? Bangang!!!

Wednesday 9 May 2012

Demam Peperiksaan Di Maahad Tahfiz Sains Kelantan



     Segala puji dipanjat kepada Allah SWT Tuhan Penguasa alam semesta. Buat julung-julung kalinya dapatlah kita bersua lagi dalam dunia maya ini. Pejam celik kita sudah berada dipertengahan tahun 2012. Segala pengalaman dan catatan perjalanan kita di bumi Yang Maha Esa mengajar erti sebenar kehidupan untuk ditempuhi bersama-sama.

     Menjengah ke seperdua tahun, kebiasaanya kebanyakan daripada kita akan berhadapan dengan satu peperangan di medan ilmu. Peperiksaan pertengahan tahun adalah platform bagi menguji sejauh mana pencapaian seseorang pelajar selepas hampir lima purnama menuntut ilmu bagi sesi persekolahan 2012.

     Bagi pelajar sekolah berorientasikan Al-Quran bersama dengan silibus pengajian Al-Azhar serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) seperti Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Maahad Tahfiz Sains Tumpat dan semua MTS yang lain, pelajar mereka diuji dengan bebanan pengajian hampir 25 mata pelajaran mencakupi segenap bidang pendidikan iaitu Tahfiz(Al-Quran), Diniah(Arab Agama) dan akademik. Jumlah mata pelajaran yang begitu banyak dan berbeza daripada hampir kesemua sekolah yang terdapat di Malaysia. Bebanan ini menuntut para musafir ilmu di bumi MTS melipatgandakan usaha mereka bagi menempa kejayaan dalam peperiksaan nisfu sanah kali ini. 

     Pengalaman telah membuktikan keberkatan dan kekuatan para huffaz ketika mereka menghadapi kebanyakan peperiksaan. Ramai dalam kalangan mereka yang kurang mengulang pelajaran tetapi masih mampu memahat kejayaan cemerlang disebabkan keberkatan dan keyakinan yang tinggi terhadap Yang Maha Agung.

Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan tapak pendirianmu."

SURAH MUHAMMAD ayat 7

     Yakinlah wahai generasi Quranie',masa depan ummah terpikul kemas atas bahu masing-masing. Semoga bertemu lagi dalam coretan akan datang. Apa yang baik itu datang dari Allah, apa yang kurang juga datang dari Yang Khaliq tetapi disalurkan melalui hambanya yang lemah ini.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Kepada Semua Warga MTS....Bittaufiq Wannajah


     

Saturday 21 April 2012

Awaluddin Ma`rifatullah


 
Allahukbar!..Allahukbar!...walillahilhamd....Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan kita sebagai makhluk diatas muka bumi ini,Dia(Allah)yang menciptakan segala apa yang ada di alam ini dengan hebat dan sempurna.....Didalam post ini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai apa yang disebut dalam bahasa Melayu ialah permulaan agama adalah mengenal Allah SWT...dan didalam bahasa Arab atau bahasa Al Quran adalah disebut sebagai Awaluddin Ma`rifatullah..Penulis ada membaca sebuah buku yang berjudul Sifat 20 yang dikarang oleh Ustaz Salehuddin Al Jawiy iaitu mengenai Ilmu Tauhid ataupun dikenali sebagai Ilmu Usuluddin..
 
Didalam ajaran Islam,secara umumnya ilmu-ilmu yang penting itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

1.usuluddin iaitu membicarakan mengenai persoalan aqidah

2.Feqah iaitu ilmu yang membicarakan tentang persoalan hukum syarak

3.Tasawuf iaitu membicarakan tentang persoalan akhlak islamiyah.

Disinikan penulis ingin menegaskan bahawa tiga serangkai ilmu tersebut tidak boleh dipisahkan.Jika dipisahkan salah satu daripada tiga serangkai ilmu tersebut,maka rosaklah yang lain..orang selalu mengatakan irama dan lagu tidak dapat dipisahkan,jika dipisahkan sumbang lagu itu..begitu juga dengan 3 serangkai ilmu tadi,jika dipisahkan turut juga menjadi sumbang..Apabila sumbang,maka rosaklah keislaman kita sebagai muslim samada Fasiq ataupun jatuh kekufuran tanpa disedari.....Wana`uzubillah...
Analogi daripada ketiga-tiga ilmu tersebut adalah diibaratkan seperti bangunan..usuluddin itu adalah foundationnya,bangunan rumah dan peralatan rumah itulah syariat dan akhlak..justeru itu,bangunan rumah dan peralatan rumah tidak dapat ditegakkan jika foundationnya tidak ada...dalam erti kata lain,usuluddin itu tapak asas sebagai seorang muslim,syariat dan tasawuf itu adalah furu`atau cabang yang mencantikkan islam seseorang..Syariat dan akhlak tiada nilai kalau aqidah seseorang rosak..


Rasulullah pernah bersabda:
Awaluddin ma`rifatrullah..
maksudnya:permulaan agama(Islam) itu adalah mengenal Allah.

Oleh itu,ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan daripada mempelajarinya kerana ia merupakan ilmu untuk kita memperteguhkan keyakinan dan kemantapan aqidah di hati tanpa dicelahi unsur syak,waham,zhan,dan jahil.

sebagai contoh: Rasulullah merupakan orang yang mempunyai kekuatan aqidah yang hebat,oleh itu kita dapat lihat disini,syariat dan akhlak yang dibawa oleh Rasulullah itu juga cantik dan sempurna.

Segala ibadah dan amalan kita merupakan hadiah atau persembahan yang akan kita berikan kepada Allah SWT..dalam konteks awaluddin ma`rifatullah,jika amal jika kita melakukan ibadah kita tanpa kita kenal Allah SWT,maka hadiah yang akan kita berikan itu tidak akan sampai kepadaNya.Ibarat kita ingin memberi surat kepada seorang raja,tetapi kita tidak kenal yang mana satu raja itu,maka surat itu tidak akan sampai kepada raja tersebut.mungkin kita akan berikan kepada pembesar istana yang kita anggapkan sebagai raja

Begitulah juga ibadah kita seperti solat,puasa,zakat,jihad dan sebagainya akan sampai kepada Allah jika kita benar2 mengenali Allah dengan sungguh2.

Mengenali Allah ini amat penting kerana jika tidak mengenali Allah,bimbang dan takut segala amal kita tidak sampai kepada Allah...Malah segala ibadah kita hanya ditipu oleh Syaitan yang akan sentiasa menyesatkan kita.

Alhasilnya,apabila semua orang mengenali Allah dengan sebenarnya,Aqidah umat islam teguh,maka akan lahir sebuah negara yang aman makmur yang menjalankan hukum Allah di atas muka bumi ini,masyarakat islam yang berakhlak mulia, maka negara itu akan mendapat keamapunan Allah kerana membina sebuah daulah islam yang menjalankan segala aspek adalah berkaitan dengan islam samada dari segi perundangannya,politiknya,ekonomi dan budaya islam.Justeru lahirlah negara yang disebut sebagai,
BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR....INSYAALLAH.....

Wednesday 11 April 2012

Barisan Kepimpinan BADAR MTS Nurul Aman 2012




IMAM HASSAN AL BANNA MENANGANI PERBEZAAN PENDAPAT



Saya tidak pernah menjumpai para pendakwah Islam dan tokoh-tokoh mujaddid masa kini yang benar-benar memahami masalah adab ikhtilaf dan feqah-nya seperti kefahaman yang dilumati oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna. Beliau mentarbiah para pengikutnya dengan fahaman jernih. Ini kerana keinginannya yang sangat kuat melihat kesatuan umat Islam, dan usahanya yang bersungguh-sungguh, diiringi kesedaran yang jitu untuk menyatukan gerakan-gerakan Islam. Biarpun usaha beliau tidak sepenuhnya terlestari pada zaman ini, sekurang-kurangnya beliau dapat menyatukan usul dan fahaman Islamiyyah dalam gerakan dakwah. Dalam hubungan ini beliau telah mencipta – Usul 20 – yang terkenal menjadi rujukan seluruh gerakan Islam di seluruh dunia.

Imam Hassan Al Banna mengakui bahawa perbezaan pendapat dalam perkara-perkara furu' dan hukum-hukum amaliah tidak mungkin dapat dihindarkan. Oleh itu, beliau telah mengutarakan masalah ini pada beberapa risalah dakwahnya. Sungguh indah dan banyak memberi faedah.Pada risalahnya yang bertajuk – Dakwatuna (Dakwah Kita) – beliau berbicara tentang ciri-ciri dakwah adalah bersifat umum, tidak hanya disalurkan secara selektif, tidak memihak kepada pendapat yang mahsyur di kalangan manusia dengan corak yang tertentu sahaja, tetapi mestilah menuju kepada inti agama dan jiwanya, bercita-cita untuk menyatukan matlamat sehingga amal yang dilakukan menjadi lebih positif dan hasilnya menyeluruh.

Imam Hassan Al Banna bersama kebenaran di mana sahaja, beliau gemar melakukan permuafakatan dan benci kepada anasir kasta dalam masyarakat Islam. Baginya, cubaan yang paling berat kepada umat Islam ialah perpecahan dan pertikaian, sedangkan asas kemenangan itu ialah kesatuan. Natijah tidak akan berakhir dengan baik kepada gerakan Islam yang berpecah, melainkan jika mereka memulakan langkah awal dengan perpaduan dan ukhuwwah.

Sesungguhnya Imam Malik RA telah berkata kepada Abu Ja'far , “Para Sahabat Rasulullah SAW telah bertebaran di beberapa buah kota. Di setiap perkampungan masing-masing mempunyai ilmu (hujjah) tersendiri, maka apabila engkau hanya mengagungkan satu pendapat sahaja nescaya akan berlaku fitnah”.

Lihatlah Imam As Syafi'e RA membentuk mazhab qadim di Iraq, kemudiannya membentuk mazhab jadid di Mesir. Kedua-dua aliran pandangan itu diambilnya dengan apa yang terang dan nyata, beliau berusaha dengan sesungguhnya (berijtihad) supaya umat Islam berada dalam kebenaran.Ijma’ atas perkara furu' adalah tuntutan yang mustahil, bahkan tidak mungkin berlaku dengan tabiat murunah agama ini. Allah menghendaki bagi feqah agama ini sejalan dengan perkembangan semasa. Dengan itu para pemuda hendaklah bersifat lembut, tidak jumud, terlalu rigid atau melampau terhadap satu-satu pandangan.Para Sahabat juga berbeza pendapat sekalipun mereka orang yang paling dekat dengan Rasulullah, dan paling tahu mengenai qarinah-qarinah hukum. Lalu mengapa pula halnya kita bertegang urat, bersumpah seranah dalam perkara-perkara yang remeh temeh yang tidak ada kepentingannya?

Para imam mazhab, manusia kurniaan Allah yang paling alim tentang Kitab-Nya dan Sunnah RasulNya, turut berbeza pendapat antara satu sama lain, lalu kenapa kita tidak berlapang dada seperti mereka? Inilah pendapat As Syahid Imam Hasan Al Banna tentang perbezaan pendapat dalam masalah feqah dan inilah pendiriannya yang menunjukkan kefaqihannya dalam hal agama, sejarah dan realiti yang berlaku kepada umat Islam. Di antara pendirian bersifat amaliah yang diceritakan mengenainya (Imam Hassan), bahawa beliau pergi menziarahi salah sebuah kampung untuk menyampaikan ceramah. Kebetulan hari itu bulan Ramadhan. Penduduk kampung di situ telah berpecah kepada dua golongan yang saling berselisih-faham tentang jumlah rakaat solat Tarawih. Adakah 20 rakaat sebagaimana yang dilakukan semasa pemerintahan Umar dan terus diikuti oleh manusia berabad-abad selepasnya, ataupun 8 rakaat sahaja sebagaimana telah warid dari perbuatan Baginda Nabi SAW.

Pendapat yang bertentangan dianut dengan fanatik oleh tiap-tiap golongan sehingga menyebabkan mereka berkelahi kerana masing-masing mendakwa bahawa kebenaran berada di pihaknya.Akan tetapi Hasan Al Banna RA menghadapkan kepada mereka beberapa persoalan.

“Apakah hukum solat tarawih?”

“Sunat, diberi pahala orang yang memperbuatnya dan tidak diseksa orang yang meninggalkannya”, jawab mereka.

Beliau bertanya lagi : “Apakah hukum memelihara ukhuwwah sesama Islam?”

“Wajib (menjaga ukhuwwah) kerana ia merupakan urat dari sendi-sendi iman”, jawab mereka.

Lalu beliau berkata : “Adakah wajar dalam syariat Allah yang suci ini, kita abaikan yang wajib kerana hendak memelihara yang sunat? Seandainya kamu tetap memelihara ukhuwwah dan perpaduan kamu, dan kamu balik ke rumah kamu agar tiap-tiap orang daripada kamu mengerjakan solat tarawih mengikut bilangan yang dianggapnya lebih kuat dalilnya, 8 rakaat ataupun 20 rakaat, itu adalah lebih baik daripada kamu berbantah-bantah pada perkara yang tidak ada mustahaknya”.

Saya (Yusuf Al Qaradawi) pernah menceritakan peristiwa ini kepada seseorang, tetapi persoalan lain pula ditujukan kepada saya, “Kenyataan (Imam Hasan Al Banna) adalah petanda melarikan diri dari kebenaran, sedangkan menjelaskan sunnah yang sebenar ialah menjauhkan diri dari bid'ah sebagai urusan yang wajib dipertahankan”.

Saya menjawab, ”Perkara ini adalah luas, dan saya walaupun mengerjakan solat tarawih hanya 8 rakaat, tetapi saya tidak mengatakan bid'ah kepada orang yang mengerjakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat”.

Kemudian itu dia berkata lagi, “Tetapi memastikan kesahihan sesuatu hukum itu adalah wajib dan tidak sepatutnya kita lari menyatakan kebenaran”.

Saya menjawab, ”Benar, apabila perkara itu berkisar di antara yang halal dan yang haram, di antara yang hak dengan yang batil. Adapun perkara-perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam aliran-aliran feqah, di mana masing-masing mempunyai hujjah yang pelbagai, dan perkara itu biasanya berkisar di antara yang harus dan yang lebih afdhal, maka tidak ada sebabnya kita bersikap keras dan menyusahkan orang untuk berpegang dengan satu pendapat sahaja”.Inilah yang telah ditetapkan oleh para ulama yang bersikap adil dan wasatiyyah".

Oleh : Dr.Yusuf Al Qaradawi, Presiden Ulama Islam Sedunia

Friday 6 April 2012

Ucapkanlah “La Adri” (Aku Tidak Tahu)


Dalam karya agung Hujatul Islam al-Imam Ghazali ada menyebut dalam bab pertama kitab Ihya Ulumuddin mengenai perilaku dan kenyataan ulama.
Menurut beliau ulama terbahagi kepada dua golongan yakni ulama dunya atau ulama suuk dan ulama akhirah. Ulama dunya adalah ulama yang menggunakan agama demi sedikit kepentingan keduniaan seperti habuan wang ringgit, anugerah dan pangkat.
Kebiasaan ulama jenis ini akan mendampingi para penguasa bagi memastikan matlamat mereka tercapai, malah kadang-kala mereka sanggup mengeluarkan fatwa demi membenarkan tindakan penguasa meskipun ianya adalah jelas salah di sisi syarak. 
Manakala antara ciri utama para ulama akhirat adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan fatwa. Mereka akan sentiasa berdiri teguh dan sentiasa mencari jalan melepaskan diri daripada memberikan fatwa. 
Kata Imam Ghazali, "Jikalau mereka ditanya mengenai hukum yang benar-benar jelas ada dalam al-Quran dan Sunah, ijmak dan qias maka berfatwalah mereka.
Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)', jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang lain, jika ada kemampuan tersebut pada orang lain." (Ihya Ulumuddin, jidil 1) Kerana ulama akhirat adalah berhati-hati sifatnya, dalam perbuatan mahupun kelakuan.
Pada mereka al-hazmu yakni berhati-hati besar manfaatnya, kerana mereka tahu andai ijtihad itu dilakukan tanpa suatu kajian dan ilmu khusus ia menjadi fatwa ikut-ikutan dan pastinya besar implikasinya kepada diri mereka khususnya masyarakat yang mengambil fatwa mereka sebagai pegangan. 

Rasulullah SAW pernah berpesan: "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)". (Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis marfu').
Jelas di sini bahawa kemuliaan seorang ulama itu bukan sahaja kepada ketinggian ilmu mereka namun sikap berhati-hati dan tawaduk mereka. Akhlak sebegini mungkin akan mendatangkan telahan yang pelbagai dalam kalangan masyarakat namun mereka sedar bahawa walaupun mereka berilmu pastinya diri mereka juga punya kelemahan. 
Para ulama salafus soleh antara ulama yang mempunyai kualiti ilmu, iman dan takwa yang tinggi di sisi Allah taala. Namun mereka jua dalam keadaan tertentu lebih selesa berkata la adri bagi sesuatu hukum dan perkara yang mereka tidak tekuni.
Berkata la adri juga antara cara yang lembut bagi menyatakan ketidaktahuan kita. Asy-Sya'bi  berkata, "La adri adalah setengah daripada ilmu.
Sesiapa yang berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah taala, maka tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata.
Kerana mengaku bodoh adalah perbuatan yang berat bagi seseorang itu." Begitu juga halnya yang berlaku kepada Abdullah Ibnu Umar saat dirinya ditanya bagi mendapatkan fatwa.
Beliau berkata dengan tegas, "Pergilah kepada ketua kamu yang sudah menerima beban tanggungjawab segala urusan manusia. Maka letakkanlah urusan tersebut kepadanya." 
Demikian juga, adalah mustahil bagi seorang manusia biasa sebagaimana tinggi dan alimnya ilmu mereka dapat menjawab semua persoalan yang diusulkan.
Sedangkan Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya kepada Baginda sesuatu yang tidak atau belum diketahuinya, tanpa segan dan takut maruahnya sebagai pemimpin agung orang Islam tercalar, baginda akan menjawab, "La adri." Ibnu Mas'ud menerangkan, "Orang yang memberi fatwa terhadap semua persoalan yang diminta kepada mereka fatwanya adalah gila!" Seterusnya beliau menyambung, "Benteng orang alim itu adalah la adri.
Jikalau ia menyalahkan benteng itu, maka sesungguhnya bencana akan menimpa di tempat-tempat mereka berperang." Justeru, wajarlah kita sebagai orang Islam mengambil iktibar daripada para ulama muktabar salafus soleh dalam urusan harian kita.
Janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya kerana sebuah ego dan takut dianggap orang tidka berilmu.
Setiap persoalan khususnya mnegenai agama dan hukam-hakamnya mesti dijawab dengan berhati-hatyi agar tidak berlaku penambahan atau pengurangan dan jika tidak tahu maka jawab sahaja, "La adri." 
Ayuh kita hayati kisah daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tatkala Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi SAW menjawab, 'La adri.'
Sehingga datang Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab, "La adri." Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang terburuk adalah pasar." (Direkodkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan Al-Hakim daripada Ibnu Umar).
Bayangkan Rasulullah sendiri tanpa memikirkan betapa malu dirinya yang dianggap sebagai seorang utusan Allah yang mendapat wahyu apabila menjawab'tidak tahu' apabila ditanya.
Namun dek kerana dirinya benar-benar tidak tahu, Rasulullah sanggup berkata tidak tahu berbanding mereka-reka seterusnya berbohong demi tidak mahu malu. Ini adalah sunnah dan teladan kepada kita umatnya, pengajaran yang sangat besar ada di sana yakni kejujuran dan kebenaran adalah lebih penting daripada kesombongan dan maruah diri sendiri.

Wednesday 28 March 2012

Anak Muda Dalam Memacu Agenda Dakwah

Hari ini,rata-rata,orang muda pelbagai karakter sama ada seorang anak anak yang baik,soleh atau solehah,watak pelajar unggul penuh dan sopan,watak penderhaka pada nikmat motor yang menjadi pilihan bila harga minyak naik mendadak,watak muka tak bersalah bila mendengar bayi dibuang sewenang-wenangnya di dalam baldi,di tepisungai malah di dalam beg sekolah yang sepatutnya menjadi karung ilmu paling berharga tapi..persoalan ini orang muda patut jawab.

Ini mungkin watak yang kita ada di samping orang muda sekarang lebih sarat dengan hiburan,terasa mewah hingga makan kadang-kadang terpaksa disuap dimulut baru mahu mengunyah hingga ternganga mulut dan kesannya hingga terdengar seluruh serangga.Namun sesungguhnya mereka kuat dalam diam.Pengalaman menghadiri sistem persekolahan formal bertahun,setidaknyan melahirkan generasi ilmuwan berwibawa.Tanpa disangka tahap kreatif dan inovatif mereka boleh mengegar dunia.Cuma kita masih mencari makna kata Sukarno:
"Beri Aku Sepuluh pemuda, akan kugegarkan dunia"

Orang muda bagaimana agaknya ? Tepuk dada Tanya selera. Adakah kita bersedia?

Orang Muda Dan Perjuangan Dakwah Islam: Satu Sorotan Sejarah

Orang muda memainkan watak penting tika hijrah.Teringat beraninya Saidina Ali Abi Talib menggantikan Rasulnya di tempat tidur Baginda.Kuatnya Asma` bt Abu Bakar meredah padang pasir menghantar bekalan ke Gua Tsur tempat Nabi SAW mengatur langkah penting dalam perjuangan dakwah.Teringat pula keberanian Syuhib AL-Rumi,Bilal dan Salman Al-Farisi betapa anak-anak muda ini berani dengan penuh keimanan dan kekuatan akidah membantu penyebaran dakwah Ar-Rasul SAW.

Susah mahu menolak fahaman sekular yang telah bertapak dalam minda segar anak muda sekarang apabila telah tegar bahawa zaman remaja adalah zaman serba harus,semuanya mungkin. Zaman ini datangnya sekali bila mahu berhibur hingga lupa kubur yng tidak kenal usia. Namun Allahyarham Ustaz Abdul Wahab Zakaria menolak pentafsiran ini dan menegaskan bahawa masa inilah marhalah penting menyiapkan generasi depan. Ingatlah!Jika kita mahu lihat dunia hari depan, lihatlah orang muda hari ini.

Dakwah dan Orang Muda

Kepentingan dakwah tidak boleh disanggah lagi.Kalam ALLAH dalam surah Ali Imran : 104
“Hendaklah ada diantara satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuru berbuat segala serta melarang segala yang salah(buruk dan keji).Mereka bersifat demikian itulah orang yang Berjaya.”
Oleh yang demikian inilah orang yang merebut peluang kerana kita ada tenaga,ada kreativiti memahami rakan sebaya ,persekitaran serupa.Kita mampu member alternative yang baik untuk mengatasi masalah.Ini kekuatan dan kepentingan orang muda dalam arena dakwah masa kini.Inilah watak besar yang perlu dilahirkan .Watak pemuda yang dikenali sebagai “Ghuraba’’

Melahir Pemuda GHURABA

“Ghuraba’’ bermaksud pelik.Memang pelik hari ini apabila kita bertindak luar kotak kebiasaan. Bila kita berjalan memakai kopiah di pusat membeli belah,bila tiada teman berlainan jantina, itulah pemuda-pemudi yang mahukan peribadi yang perlu kita miliki. Pemuda yang tahu kepentingan. Bila berhibur tahu batas,bila bersukan tidak berlebihan, bila bersosial tahu hadnya itulah kesan tarbiyyah Islam yang syumul dan mulia.

Pemuda ini perlu tekal imannya. PEDULI sifatnya dengan rakan sebaya menegur temannya silap,memimpin teman melakukan kebaikan. ISTIQAMAH melakukan ibadah berterusan. Sedang sebaya dengannya asyik dengan irama hip hop yang menjadi siulan,terkinja-kinja dengan tarian shuffle,bangga bertopi jenama terkenal dengan lambang pasukan bola sepak syaitan merah,yang perempuan sibuk dengan mekap-mekap tebal dan tudung pendek yang menjadi kebanggaan. Namun, mereka tetap bersederhana dalam pemakaian,sibuk meningkatkan ilmu di dada.Tidak naïf dengan keadaan semasa. Berhibur tidak menyalahi agama.Ini generasi harapan,yang kita mahu. Keterlibatan golongan ini penting dalam memenangi hati rakan sebaya kita.Bukankah kita lebih tahu bahasa rakan-rakan kita?

Medan Dakwah Luas

Kebanyakan kita punya azam besar luar lingkup masa sehingga kita lupa ada sesuatu di hadapan yang sangat berharga.Medan dakwah di sekeliling kita terbuka luas.Membuat program dakwah sebagai produk usrah biar kecil tapi besar impaknya kepada masyarakat sekitar kita daripada kanak-kanak kepada golongan emas yang dahagakan iman.Dari insane pojok yang merempat di kaki lima jalan hingga orang besar sedang dipuncak kuasa politik.Kita keran berhadapan,kerana wadah yang kita genggam erat ini perlu diacu untuk menemuh apa jua cabaran yang ada.TEKADLAH.PEDULILAH DAN ISTIQAMAHLAH kerana kita adalah benih-benih daie yang subur dan rantai-rantai perjuangan Rasulullah saw serta para sahabat.ulama`dan mereka yang berjuang di jalan Allah.Kitalah yang bakal mewangikan kembali,wangian yang telah terhapus

Wednesday 14 March 2012

FAZAKKIR |MAKA BERILAH PERINGATAN|

Tanggal 14 Februari 2012, risalah keluaran pertama badar mtsna 2012 telah dilancarkan. Ia dilancarkan pada hari tersebut bersempena dengan majlis penutup Minggu Mahabbatur Rasul. Risalah ini dinamakan sebagai 'Fazakkir' yang mana diambil dari sepotong ayat al-Quran yang mana berbunyi وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ surah az-zariyat ayat 55. 

Risalah ini akan diterbitkan dengan kekerapan sekali sebulan yang mana mengupas tentang isu-isu semasa,permasalahan feqah,sirah nabawiyyah dan juga dakwah islamiyah. Objektif risalah ini diterbitkan ialah untuk menyebarkan dakwah islamiyah melalui pena dalam kalangan pelajar Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman. Untuk edisi yang pertama ini, risalah Fazakkir mengupas tentang cinta kita terhadap Rasulullah S.A.W yang diberi tajuk 'cukupkah cinta kita?'. Terbitan kali ini bersempena dengan Sambutan Maulidurrasul S.A.W yang disambut pada 12 rabiul awal 1433H bersamaan 5 februari 2012. 

Selain itu, edisi kali ini juga mengupas tentang permasalahan feqah iaitu 'perlukah mengusap muka selepas solat' dan juga sebuah kupasan yang berkaitan dengan pelajar sendiri iaitu 'Al-Hafiz : Bukan Tasyrif Tapi TAKLIF !'. Diharapkan agar risalah ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dan melalui risalah ini juga para pelajar dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan diri masing-masing dan sekali gus dapat merealisasikan misi BADAR iaitu memperkasakan bi'ah solehah dalam kalangan pelajar, memperkasakan sistem perkaderan melalui institusi usrah dan juga meningkatkan kefahaman islam dalam kalangan pelajar melalui program-program yang tersusun.



Saturday 4 February 2012

MAULIDURRASUL SAW : KEKASIH SEPANJANG HAYAT


TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.


Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.

Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh.

Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul?

Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda.

Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

# Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

# Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

# Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

# Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

# Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

# Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

# Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

# Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Syair Maulid Nabi Muhammad S.A.W



Sebelum terlahir ke dunia
engkau hidup senang di surga
Ketika aurat tertutup dedaunan
engkau tersimpan di tempat aman
Kemudian engkau turun ke bumi
Bukan sebagai manusia
segumpal darah maupun daging
tapi nutfah di perahu Nuh
Ketika banjir menenggelamkan semuanya
anak-cucu Adam beserta keluarganya
engkau pindah dari sulbi ke rahim
dari satu generasi ke generasi
Hingga kemuliaan dan kehormatanmu
berlabuh di nasab terbaik
yang mengalahkan semua bangsawan
Ketika engkau lahir, bumi bersinar
cakrawala bermandikan cahayamu
Kami pun berjalan di tengah cahaya
sinar dan jalan yang penuh petunjuk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...