Friday 11 April 2014

Usrah

Usrah merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh KTSNA di bawah pemantauan BADAR untuk membentuk jati diri ahli usrah ke arah mendekati dan memahami agama Islam dengan lebih mendalam selain merapatkan silaturrahim antara ahli usrah dengan para naqib, selaras dengan hasrat Yayasan Islam Kelantan untuk melahirkan remaja-remaja yang cemerlang agamanya selain pencapaian akademik yang memberangsangkan.

Program Usrah ini akan dijalan pada setiap minggu pada hari Khamis pada waktu malam. Setakat ini, usrah ini telah dijalankan sebanyak dua sesi iaitu pada 14 Mac dan 10 April. Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Terdapat 40 kumpulan yang terlibat dengan program ini dengan setiap kumpulan terdiri daripada 8 hingga 10 orang pelajar.  Lima buah kumpulan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima dibimbing oleh ustaz manakala 45 buah lagi dibimbing oleh para pelajar yang terpilih sebagai Naqib.

 Antara usrah yang dikendalikan oleh guru.

 Antara usrah yang dikendalikan oleh pelajar.

Thursday 27 February 2014

Mengumpat...Apakah???

Jadinya pada segmen kali ini kami merujuk kepada masalah yang melanda masyarakat dunia amnya. Iaitu masalah bab mengumpat.

Apa itu mengumpat? Mengumpat ialah engkau mengatakan sesuatu tentang saudara kamu sama ada dari segi ISYARAT, TULISAN, hatta sekalipun di dalam HATI mengenai perihalnya samada pakaiannya, kulitnya, dan banyak lagi. Jadi yang si pendengar termasuk dalam kategori mengumpat juga.

Jadi marilah sama2 kita mengikuti kisah seorang auliya' Allah mengenai bab mengumpat. Maka tersebutlah kisah seorang wali yang bernama Junaid Al Baghdadi. Beliau merupakan seorang yang hidup bersederhana. Pada suatu hari, beliau membuat satu majlis di rumahnya. Tiba-tiba datang seorang pengemis lalu mengemis di hadapan rumah tersebut. Junaid lalu berkata di dalam hati "bukankah lebih elok sekiranya dia(pengemis) pergi mencari kerja sedangkan badannya sihat wal afiat". Jadi malam tersebut Junaid bermimpi bahawa dia memakan daging bangkai dengan lahapnya. Lalu dia tersedar dari mimpinya dan terus keluar mencari si pengemis tersebut. Jalan2 tiba2 dia terlihat pengemis itu berada di tepi sungai. Belum sempat Junaid menegur si pengemis itu berkata "Wahai Junaid adakah engkau mahu membuat lagi kesilapan kamu itu?". Maka Junaid Al Baghdadi terus meminta maaf kepada si pengemis tersebut.

Apakah effect mengumpat? Yang pertama Allah melaknat orang2 yang mengumpat. Kedua ia merupakan dosa besar. Yang ketiga pada hari akhirat orang yang mengumpat akan memakan bangkai dengan lahapnya.
Yang keempat doa tidak melepasi langit dan banyak lagi effectnya. Jadi sama2lah kita menjauhi perkara tersebut. Benarlah kata pepatah melayu 'kerana mulut badan binasa'.

Wednesday 26 February 2014

Perubahan Diri....Apakah???

Agak lama sudah jari jemari tidak menari di papan kekunci .Kali ini kami membawa kepada persoalan mengenai perubahan diri seseorang yang bergelar hamba Allah.

Kebiasan kita akan bertanya bagaimana cara2 hendak berubah???Di mana hendak bermula???Jawapannya amatlah senang bilamana kita mempunyai ilmu perubahan(tasawuf). Jadi mengikut pendapat ulama' tasawuf mereka sependapat mengatakan bahawasanya permulaan kebaikan itu letaknya pada diam lidah seseorang. Mengapa? Ini kerana mereka melihat/mengambil satu hadith yang popular iaitu...Nabi S.A.W bersabda: Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia(seseorang) berkata yang elok atau diam.

Oleh sebab itu, mereka(ulama' tasawuf) mengajar kita satu formula penting iaitu...siapa2 yang banyak bercakap, maka banyaklah silapnya,banyak silapnya maka banyaklah dosanya,bilamana banyak dosanya maka api neraka yang terlebih utama atasnya. Jadi hendaklah kita sama2 mengamalkan amalan kurang bercakap kerana orang yang banyak bercakap Allah murka kepadanya. Berkata hukama' diam itu perhiasan bagi ulama, manakala diam itu juga penyelamat bagi orang yang jahil. Sekian. Selamat beramal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...