Wednesday 14 March 2012

FAZAKKIR |MAKA BERILAH PERINGATAN|

Tanggal 14 Februari 2012, risalah keluaran pertama badar mtsna 2012 telah dilancarkan. Ia dilancarkan pada hari tersebut bersempena dengan majlis penutup Minggu Mahabbatur Rasul. Risalah ini dinamakan sebagai 'Fazakkir' yang mana diambil dari sepotong ayat al-Quran yang mana berbunyi وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ surah az-zariyat ayat 55. 

Risalah ini akan diterbitkan dengan kekerapan sekali sebulan yang mana mengupas tentang isu-isu semasa,permasalahan feqah,sirah nabawiyyah dan juga dakwah islamiyah. Objektif risalah ini diterbitkan ialah untuk menyebarkan dakwah islamiyah melalui pena dalam kalangan pelajar Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman. Untuk edisi yang pertama ini, risalah Fazakkir mengupas tentang cinta kita terhadap Rasulullah S.A.W yang diberi tajuk 'cukupkah cinta kita?'. Terbitan kali ini bersempena dengan Sambutan Maulidurrasul S.A.W yang disambut pada 12 rabiul awal 1433H bersamaan 5 februari 2012. 

Selain itu, edisi kali ini juga mengupas tentang permasalahan feqah iaitu 'perlukah mengusap muka selepas solat' dan juga sebuah kupasan yang berkaitan dengan pelajar sendiri iaitu 'Al-Hafiz : Bukan Tasyrif Tapi TAKLIF !'. Diharapkan agar risalah ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dan melalui risalah ini juga para pelajar dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan diri masing-masing dan sekali gus dapat merealisasikan misi BADAR iaitu memperkasakan bi'ah solehah dalam kalangan pelajar, memperkasakan sistem perkaderan melalui institusi usrah dan juga meningkatkan kefahaman islam dalam kalangan pelajar melalui program-program yang tersusun.



2 comments:

  1. kemah! chaiy0k MTS NURUL AMAN!! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep2 badar kim salam.. ejah comel tu blog nie deh.. :P

      P/S: ejah blog maktab mahmud tuu.. pahtu pomot blog nie etep.. :)ngaji molek ada masalah mai oyak (ihsan).Mu'min semat dok.fitri kemas loni .ari2 dok mikir nak kemas fazakkir.
      add di fb ihsan sabri mohd sabri

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...