Sunday, 5 May 2013
Bahaya Tidur Selepas Tidur
Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan."
Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam.
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)
BAHAYA TIDUR PAGI
[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata,
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
(Miftah Daris Sa'adah, 2/216).
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata,
"Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah:-
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit solat,
[3] malas-malasan dan
[4] berkhianat."
(Zaadul Ma’ad, 4/378)
[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.
Zaadul Ma’ad, 4/222)
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
Thursday, 28 March 2013
Khalifah Umar Abdul Aziz yang Sederhana
Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangant menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-gerik Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyadari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada hubungannya dengan kandungan pidato.
Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka saling bertanya dan akhirnya diketahui rahasianya. Dikatakan bahwa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Karena tidak ada baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. karena itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering.
Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. “Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya”, tegur Muslimah. “Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu”, jawab Fatimah.
Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya.
Perempuan itu bertanya lagi dan ketika mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayani, sehingga tamu itu merasa suka dan tenang hatinya.
“Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang keruk pasir itu?” tanya perempuan Mesir itu. “Tukang keruk pasir itulah Amirul Mukminin” jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang anak-anak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. “Kacang..kacang…setiap hari kacang,” kata si pelayan merungut. “Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda,” kata Fatimah.
Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. “Hai, coba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?” kata lelaki itu kepada isterinya. “Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana bisa menunggang kuda seperti itu?” kata isterinya.
Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. “Assalamualaikum.” kata penunggang kuda. “Waalikumsalam,” jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah keduaibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur heran.
“Ayah, ibu tetap saja di situ,” kata pemuda itu menegur. “Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga
ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu.” Kedua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun diam. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja.
“Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Yaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya.”
Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Setelah itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.
Thursday, 14 February 2013
Sejarah & Hukum Menyambut Valentine Day
Setiap tanggal 14 Februari di seluruh pelosok dunia, termasuk Malaysia, ada sebuah perayaan yang selalu dirayakan kebanyakan oleh muda-mudi. Valentine Day, begitulah orang-orang menyebutnya. Pada hari tersebut, ramai golongan muda yang bertukar ucapan selamat Hari Valentine, baik langsung dengan ucapan dari bibir atau kad ucapan, atau dengan tambahan aksesori seperti bunga dan coklat. Tahukah anda apa itu Hari Valentine dan latar belakang perayaan ini? Di sini terdapat penjelasan yang terperinci tentang Valentine Day.
Sejarah Valentine Day
Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.
Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.
Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.
Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.
Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.
Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.
Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.
Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.
Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.
Hukum Sambutan Valentine Day
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)
Untuk keterangan yang lebih jelas, mari kita dengar kuliah dari Ustaz Azhar.
http://www.youtube.com/watch?v=YJkIA92BX_I
Tuesday, 25 September 2012
Persembahan Choral Speaking Oleh Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya Negeri Kelantan
Berikut adalah video persembahan choral speaking sempena Perhimpunan Hijau ke Putrajaya Negeri Kelantan yang dipersembahkan oleh pasukan choral speaking Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman yang diadakan pada 13 september 2012. Pasukan choral speaking Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman juga merupakan johan bagi pertandingan choral speaking peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Agama Kelantan (MASSAK) yang dipertandingkan baru-baru ini dan juga merupakan johan di peringkat MASSAK dua tahun berturut-turut. Tahniah diucapkan kepada pasukan choral speaking MTSNA di atas persembahan yang begitu menarik. Diharapkan agar pasukan choral speaking ini dapat mara ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat membuat persembahan sekali lagi di Putrajaya kelak. InsyaAllah.
Thursday, 19 July 2012
Biografi Muhammad Mursi
Muhammad Mursi Isa al-Ayyat (Templat:Lang-
arz, IPA: [mæˈħæmmæd ˈmoɾsi ˈʕiːsæ l.ʕɑjˈjɑːtˤ], lahir pada 20 Ogos 1951) ialah ahli politik Mesir dan calon Presiden Mesiryang baharu.[1]
Beliau ialah Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (Mesir) (FJP), sebuah parti politik yang berpaksikan kepada Islam, dimana awalnya sangat berkait rapat dengan gerakanIkhwanul Muslimin. gerakan Ikhwanul Muslimin dilihat kembali rancak selepas Revolusi Mesir 2011 sehingga mencapai kemenangan dalam perlawanan kerusi Presiden Mesir yang diumumkan pada 24 Jun 2012, dimana beliau Morsi telah meletakkan jawatan dalam pemilihan sebelumnya.[2] Dari tahun 2000 sehingga 2005, beliau ialah Ahli Parlimen Mesir. Beliau juga dicalonkan sebagai calon FJP pada Pilihan raya Presiden Mesir 2012. Morsi juga merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihan raya secara demokratik dalam sejarah Mesir. Morsi sebelum ini telah mendapat pendidikan Islam secara tulen di selatan California, Amerika Syarikat.
Pada 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa Morsi berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana menteri terakhir dibawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya berkata Morsi mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus undi sokong untuk Shafiq.[3]
AHLAN YA RAMADHAN
Assalamualaikum
w.t.b..
Alhamdulillah,
kita sudah tiba pada bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan
keampunan. Bulan yang paling mulia di sisi Allah iaitu Bulan Ramadhan. Pada
bulan ini juga, nafas-nafas akan menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah,
amal-amalmu diterima dan doa-doamu di makbulkan.
Untuk
apa masih berlari sana sini dengan menikmati juadah dunia, sedangkan ganjaran hari
akhirat terbuka seluas-luasnya di bulan mulia ini. Ayuh sama-sama kita
tingkatkan ibadah!! Ya, dengan wang anda mampu menempah pintu Mahligai, tapi
anda tidak mampu membeli pintu Syurga. Dengan wang juga anda mampu membeli Plaza
Tol tapi anda tidak mampu membayar Titian Sirat. Dengan pahala lah anda mampu
memiliki segala sesuatu yang dicitakan di hari akhirat kelak, bi iznillah !!
Saya
petikkan satu hadis dari Ali Bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis Nabi,
berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah,
amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hasan,
amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang
diharamkan Allah.”
Jelas
hadis ini mengajarkan tentang penjagaan jiwa kita dari melakukan kesalahan.
Untuk membebaskan daripada tergadainya diri kita ke lembah longkang. Bebaskanlah
ia dengan perbanyakkan istighfar. Bab kata pepatah, jiwa tidak memiliki sayap
untuk terbang ke arah kelalaian, tetapi ia boleh merangkak perlahan-lahan jika
tidak disekat dengan amal kebaikan.
Akhir
kata, sementara syaitan-syaitan masih dibelenggu, didiklah nafsu kita agar
sentiasa membuat amal mulia. Kerana nafsulah yang mampu bermesyuarat dengan
hati dari melakukan kebaikan atau kejahatan.
Friday, 22 June 2012
KELAS TAFAQQUH ILMI
Assalamualaikum pembuka
bicara,
Sebagai pembuka wadah
bicara,
Blog BADAR tempat bemadah
pujangga,
Mohon dibaca wahai
pembaca yang bijaksana.
Berbalik pada wadah
bicara kita pada bulan ini, ingin kami kongsikan kepada pembaca yang bijaksana
sekalian tentang kealpaan umat islam sejagat pada hari ini. Tidak dinafikan
pada era pascaglobalisasi pada abad ini, kita semua sedang asyik mengejar ilmu
duniawi. Memang tidak dinafikan bahawa tentang kepentingan ilmu duniawi, tetapi
mengapakah kita meninggalkan ilmu ukhrawi?
Alhamdullah, MTSNA telah selamat daripada wabak ilmu duniawi di mana, penawarnya (ilmu
ukhrawi) telah dirumus oleh seorang ustaz yang berwibawa untuk mengeluarkan
para pelajar sekolah ini daripada asyik menuntut ilmu duniawi sahaja.
Alhadulillah, dengan usaha gigih ustaz tersebut dan kerjasama daripada pihak
BADAR MTSNA, maka lahirlah satu kelas pengajian kitab-kitab agama secara
bertalaqqi yang diberi nama "KELAS TAFAQQUH ILMI".
Kelas ini telah bermula
pada akhir tahun 2011 selepas PMR bagi mengisi kekosongan waktu pelajar-pelajar
tingkatan 3 khususnya dan semua pelajar amnya. Kelas Tafaqquh Ilmi ini
terbentuk apabila ada segelintir pelajar yang sibuk bertanyakan permasalahan
fiqh kepada ustaz tersebut. Namun, ustaz tersebut mencadangkan supaya
mengadakan kelas tafaqquh supaya para pelajar dapat memahami permasalahan fiqh
yang sebenar. Bagi permulaan bagi mendalami ilmu agama ustaz bercadang untuk
mengajar ilmu tiga serangkai iaitu Usuluddin, Fiqh dan Tasawwuf yang mana
terdapat dalam hadis Rasulullah S.A.W. mafhumnya :
Daripada Saiyidina 'Umar
juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk
di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam,
yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak
seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi
SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua
tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan
Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa
di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau
berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun
merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia
bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah)
bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para
RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.
Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.
Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa
engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak
dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.
Lelaki itu bertanya lagi:
Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang
Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu
berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda:
(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan
tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak
berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba
membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu
berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan
RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat
Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab
al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab
al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab
al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346)
Berdasarkan hadis di atas
telah dikiaskan oleh ulama bahawa Islam yang disebut dalam hadis tersebut ialah
Fiqh, manakala Iman pula ialah usuluddin ataupun tauhid dan Ihsan ialah tasawwuf.
Pentingnya belajar ilmu usuluddin kerana "permulaan agama Islam adalah
dengan mengenal Allah". Tiada taqlid-taqlid dalam permasalahan ilmu
usuluddin kepada orang awam mahupun ulama'. Feqah dan tasawwuf juga ada
kepentingannya iaitu, Imam Malik pernah berkata, "Sesiapa yang belajar
ilmu feqah, tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka dia menjadi fasiq. Siapa
yang belajar ilmu tasawwuf sahaja, tetapi tidak belajar feqah, mengetahui halal
haram dan sebagainya, maka dia adalah zindiq. Sesiapa yang mengumpulkan antara
keduanya, maka dia telah mendapat ilmu yang tahqiq". Ironinya, Usuluddin
nombor 1 akan tetapi Fiqh dan Tasawwuf bukan nombor 2.
Haruslah kita ingat wahai
sahabat bahawa ilmu agama adalah fardhu ain ke atas manusia yang mengaku Islam
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas
setiap muslim dan muslimah". Dan ketahuilah bahawa, menuntut ilmu dunia
adalah fardhu kifayah. Ingatlah pesanan Imam Asy-syafie "sesiapa yang
hendakkan dunia, hendakalah dia berilmu, sesiapa yang hendakkan akhirat,
hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang hendakkan kedua-duanya, hendaklah dia
berilmu". Jadi, sama-samalah kita berusaha dalam menuntut ilmu agama bagi
mengaharamkan api neraka ke atas darah daging kita. Tuntasnya, sebelum kami
menutup bicara, kami ingin menyeru kepada semua pembaca yang waras sekalian
agar sama-sama kita berusaha untuk menutut ilmu, terutamanya ilmu akhirat dan
tidak ketinggalan juga ilmu dunia.
| KITAB FEQAH FATHUL QORIBUL MUJIB SYARAH MATAN ABI SYUJA' AL-ALLAMAH SYEIKH MUHAMMAD QASIM AL-GHAZA |
| KITAB TAUHID MATAN UMMUL BARAHIN |
| KITAB ADAB PELITA PENUNTUT TERJEMAH DARIPADA KITAB TA'LIMUL MUTA'ALLIM THORIQUL TA'ALLUM SYEIKH SYAFIE BIN ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN AHMAD LANGKIH FATHONI |
| KITAB HADIS HADIS 40 BAHASA MELAYU SYEIKH 'ASBIRONI YA'QUB |
| KITAB TASAWWUF PENAWAR BAGI HATI SYEIKH ABDUL QADIR BIN ABDUL MUTALLIB AL-ANDUSI |
| KITAB NAHU MATAN AL-AJRUMIAH SYEIKH AS-SUNHAJ |
| KITAB FEQAH SAFINATUN NAJA' SYEIKH SALIM BIN SAMIR HADHRAMI |
| KITAB TAUHID FARIDATUL FARAID FI 'ILMI 'AQAID SYEIKH AHMAD MUHAMMAD ZAIN AL-FATHONI |
| KITAB TAUHID SIFAT 20 SYEIKH UTHMAN BIN ABDULLAH |
| KITAB SOROF MATAN BINA' WAL ASAS AL-'ALLAMAH SYEIKH MULA ABDULLAH AD-DANQUZI |
![]() |
| KITAB USUL FIQH MATAN AL-WAROQOT AL-ALLAMAH IMAM HARAMAIN |
![]() |
| KITAB TAJWID FATHUL AQFAL BISYARHI TUHFATUL ATFAL AL-ALLAMAH SYEIKH SULAIMAN IBNU HUSAIN IBNU MUHAMMAD AL-JAMZURI |
Subscribe to:
Posts (Atom)

